~"I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on the earth, then I ask myself the same question"-Harun Yahya

Thursday

"Cinta Di Tepian Jurang"


Assalamualaikum..."Cinta Di Tepian Jurang".Peringatan buat yang lalai,dan juga peringatan buat saya insan biasa...cehh.Jika disebut tentang "Cinta",pasti orang akan cakap "Cinta tu kan fitrah manusia?" tapi,marah dan benci pon fitrah juga kan? kalau marah or benci sekalipun,adakah kita akan membiarkan sahaja atau mengawalnya? tepuk dada tanya iman :) fikir-fikirkan!


Apa pandangan korang..cantik tak pulau dalam pic tu? Pasti sangat indah bukan.Tapi,hati-hati,hanya beberapa langkah sahaja dari tempat itu,jurangnya sangat bahaya,sangat curam dan dalam! Faham tak apa yang ingin disampaikan -,-" harap faham lah ye :D 
Okey,kalau faham maksudnya,direnung dengan mata hati bersuluh iman seumpama seseorang yang sedang dilamun CINTA.Keindahan pulau ini sangat mengasyikkan hingga tanpa sedar,kaki sedikit demi sedikit melangkah ke juram yang dalam.
Kita mungkin terjatuh,cedera malah membahayakan nyawa sendiri.Sahabatku,tiada jalan yang lebih selamat untuk menikmati keindahannya melainkan pergi ke jeti,menaiki bot untuk sampai ke pulau itu dan menikmati keindahannya secara hakiki,bukan dari kejauhan di atas bukit berjurang.Begitulah keindahan cinta sesama manusia.
Tiada jalan yang lebih mulia,melainkan melalui PERNIKAHAN.Cinta berahi itu hakikatnya datang daripada jiwa yang kosong ,hati yang tiada dalamnya cinta kepada TUHAN Yang Menciptakan,yang menjadikannya buta menilai kebenaran.Sahabatku,kejarlah cinta ALLAH,nescaya akan kau temukan cinta insan bernama "lelaki" yang juga mencintai Tuhan-Nya.


CINTA KERANA ALLAH

Yahya bin Mu'az,seorang tokoh sufi berkata:"Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu,dan tidak akan berkurang kerana dia berlaku kasar kepadamu.Keadaan itu sedemikian rupa,kerana cintamu tumbuh mekar kerana IMAN,AMAL SOLEH dan PERIBADI MULIA,sehingga bila keimanan insan yang dicintai tidak bertambah ,maka cintamu pun tidak akan bertambah.Sebaliknya,apabila iman orang yang dicintai berkurang,maka cinta turut berkurang.Kamu cinta kepadanya bukan kerana harta,pangkat,kedudukan atau wajah yang rupawan,akan tetapi kerana dia seorang yang beriman dan berakhlak mulia".

Tidak salah mencintai seseorang .Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membantah keinginan untuk mencintai dan dicintai,sebaliknya Baginda hanya mahu memastikan jiwa-jiwa yang sedang dilamun cinta menyalurkannya pada jalan pernikahan.Rasulullah memberikan saranan "Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta melainkan nikah."(Riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah)
Hanya cinta yang bersemi kerana iman dan akhlak sahaja bernilai di sisi Yang Maha Esa.Cinta ini abadi,tidak goyang dek angin kencang yang bertiup,tidak pudar dek matahari yang bersinar terang ,dan tidak pula luntur dek hujan yang mencurah-curah.


VIA:SOLUSI


1 comment: