home about linkies tutobies


Annyeong Haseyo


Ranazk and Azzahra @ Earth, u can call me Zahra and Ran :)

Talkie

Put your cbox code here

Post



Credits


© 2014. Template by Rana Zk and Azzahra. Code from Alya Rahimah
Allah Tahu Kita Mampu!
Tuesday | 2 Comments


"Kenapa mesti aku yang perlu melalui semua ini?"

Keluhan yang seringkali akan lahir dari mulut insan yang teruji.Seolah-olah ada ketidakadilan sedang menimpa diri.
Hati tidak redha atas apa yang berlaku,tidak mampu menerima ketentuan dari-Nya.

Hidup Tak Selalu Indah

Kita semua tahu,tiada siapa suka akan kesusahan,kedukaan atau penderitaan.Dan tiada penafian untuk kebenaran ini.Namun Allah SWT telah mengingatkan bahawa hakikat hidup tak selalunya indah.Kita pasti diuji kerana ia adalah satu tapisan dalam menjadi hamba-Nya yang terbaik.

"Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami benar-benar mengetahui orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu,dan akan Kami uji perihal kamu".
(QS Muhammad,47:31)

Jadi,jika kita kembali ke persoalan tadi,layakkah sebenarnya untuk kita bertanya sedemikian?

Didiklah Hatimu


Hati kita perlu diajar untuk merasa bahagia apabila ditimpa musibah.Berbahagialah kerana kita adalah insan terpilih untuk diuji oleh Allah SWT di saat berjuta lagi ummat di luar sana dibiarkan terus lalai bergelumang dosa dan maksiat.Terimalah setiap ujian dan dugaan dari-Nya sebagai bekalan elektrik yang akan mengecas bateri untuk terus menyalakan lampu suluh petunjuk dalam perjalanan menuju redha Ilahi.

"Percayalah,jika kita melalui jalan raya tanpa permukaan tar yang kasar dan berdebu,mana mungkin kita akan tiba di destinasi yang dituju dengan selamat.Jalan yang licin tidak akan memberi daya geseran pada tayar.Akibatnya,kita begitu mudah tergelincir semasa memandu"
Allah SWT,sediakan ujian,halangan dan dugaan sepanjang perjalanan kehidupan ini agar hati kita semakin kuat.^^ 
*mood sedih tetibe*

Bersyukurlah Saat Diuji

Bersyukurlah saat diuji kerana tanpa ujian,kita akan mudah untuk lalai dan semakin jauh dari Allah SWT.Ayuh!Kita kuat di saat lemah,bangkit di saat terjatuh dan senyum di saat menangis :')
Didiklah hati untuk yakin,Dia yang menurunkan ujian,maka hanya Dia mampu menariknya semula.

Bertahanlah kerana Allah SWT tahu,kita MAMPU!

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan"
(QS Al-Baqarah,2:286)


Moga Bermanfaat Perkongsian nie ^^
Assalamualaikum...
Via:Sinergi