~"I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on the earth, then I ask myself the same question"-Harun Yahya

Sunday

Gadis Islam vs Cinta



Apa yang dikatakan cinta high class??? 
Cinta yang mendaulatkan Allah nombor SATU.Cintamu padaku kerana Allah,tuhanmu yang SATU,cintamu bermujahadah menahan nafsu !



Impian
Saya mengimpikan suami yang setia menjaga cinta kepadaNYA.Meskipun kenakalannya ada ketika usia remaja,pastinya setiap hari dia berusaha menggilap takwa.Setiap  hari menjadi lebih baik di sisiNYA.

Setia
Selagi saya tidak berpacaran,saya dapat rasakan getaran kesetiaannya.Bukan sahaja bakal isterinya ini bahkan yang paling utama kepada Tuhannya.Selagi saya setia menjaga cinta,selagi itu si dia sedang setia.Saya percaya pada keadilan-NYA!

Tugas kini
Tugas saya sekarang,siapkan diri menjadi gadis high-class di mata Allah.Saya tidak berdaya menjadi high class dek banyaknya kelemahan diri.Sekurang-kurangnya ada usaha keras ke arahnya.Barulah padan diberikan suami high class.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud; “Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.”(Riwayat Ahmad)

fitnah vs fitrah
Saya ingin menjaga hati bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.
Fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan).Sebab itu elok diuruskan dengan zikrullah.

Sabda Rasulullah SAW; “Allah berasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya sobwah,(rindu yang cenderung kepada kebodohan).”(Riwayat Ahmad)

Menilai lelaki
Rasulullah SAW suruh kita menilai agama dan akhlak.Kalau dia melalaikan saya daripada Allah SWT,dia bukanlah lelaki yang saya cari.Saya tidak akan gadaikan masa depan sendiri.Saya tidak mahu terpedaya dengan lelaki yang mengumpan dengan kepandaian,kehebatan,kemahiran berkomunikasi,kemahiran berdikari dan sebagainya.Saya akan terpesona kepada lelaki yang mengumpan saya dengan agama dan akhlaknya.

Urusan vs Alasan
Menilai antara urusan atau alasan.Saya ingin menjadi remaja high class,bukan remaja biasa.SMS dan telefon di luar batas urusan tidak akan dilayan.Apatah lagi SMS pada lewat malam.Isinya baik tetapi impaknya boleh mendekati zina.

Bila dia kata, ‘saya suka awak!’
Niat lelaki yang baik perlu dibuktikan dengan perlakuan yang baik dan serius.Manis katanya belum tentu seiring perilakunya.Saya mesti menjaga diri daripada dipermainkan.Saya mesti mempertahankan kesucian hati dan fikiran daripada dijajah sesiapa pada saat saya belum bersedia.Saya juga mesti menjaga hatinya daripada rasa dipermainkan dan hancur beretakan.Saya perkenalkan diri kepadanya dengan prinsip dan ketegasan.Jika dia menghormati prinsip ini,dia memang layak untuk dijadikan suami.




Cinta High Class
- wanita dan lelaki bercinta selepas nikah,saling melengkapi agama pasangannya.
- jika belum bernikah,cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling bermujahadah.Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi.Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.Jika di luar batasan,mintalah fatwa hati.Dosa itu apa yang waswas dan syak dalam hati.

"Allah knows better"

#Dipetik daripada novel Cinta High Class(Ustazah Fatimah Syarha)#








No comments:

Post a Comment