~"I always wonder why birds choose to stay in the same place when they can fly anywhere on the earth, then I ask myself the same question"-Harun Yahya

Sunday

Cinta Yang Tulus


Allah ialah sumber inspirasi setiap Muslim dan pencetus rasa kepuasan dalam diri Mukmin.Tidak dapat dinafikan hidup di dunia ini penuh dengan ujian dan keletihan.Sememangnya itulah hakikat diri kita dijadikan iaitu untuk diuji dengan kebenaran dan keikhlasan iman.Tika diuji,tiada siapa yang lebih memahami diri kita melainkan Allah.Dia jualah yang lebih memahami diri kita kerana Dialah pencipta kita.Biarpun kita bercerita dan mengadu perasaan dan gelodak jiwa kepada manusia,namun jiwa kita tidak pernah berasa puas dan lega berbanding kita bercakap dan mengadu kepada Allah.Kita tidak dapat melihat Allah namun iman yang tertanam di jiwa merasakan Allah itu dekat.

Hakikatnya Allah lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri.Kehadiran-Nya amat dirasai menguasai setiap inci tubuh yang dipinjamkan kepada kita.Bahang cinta-Nya,mengawal segenap sendi dan pergerakan.

Memang indah bercinta dengan Allah kerana cinta ini akan menemani kita tanpa jemu.Cinta ini juga yang mengawal gerak laku kita kerana kita sedar Allah sentiasa ada dan bersama-sama kita setiap saat dan ketika.Namun apabila Allah tidak dihati,ramai insan yang melakukan perkara terlarang tanpa segan silu kerana mereka tidak sedar kehadiran Allah dan tidak malu terhadap Allah.

Andai kita sedar diri ini hanya pinjaman pasti kita malu untuk bertindak di luar kawalan.Allah tetap memberikan kita peluang walau sejahat dan sekeji mana perlakuan kita terhadap-Nya yang Maha Agung.Usah salah dalam menilai pemberian Allah.Segala yang kita miliki adalah untuk kita syukuri sebagai tanda cinta kita kepada-Nya.Segala yang diberikan adalah untuk kita selalu mengingati-Nya.
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment