home about linkies tutobies


Annyeong Haseyo


Ranazk and Azzahra @ Earth, u can call me Zahra and Ran :)

Talkie

Put your cbox code here

Post



Credits


© 2014. Template by Rana Zk and Azzahra. Code from Alya Rahimah
Jagalah Hatimu~
Sunday | 0 Comments

 “Rasulullah S.A.W bersabda,’setiap amalan bermula dengan niat’.Jika niat kita baik,baiklah amalan kita.Jika niat kita buruk,buruklah amalan kita.Orang yang ikhlas,berlumba memiliki “hati” dan “tindakan” yang paling Allah pandang.”Rasulullah S.A.W  memberitahu kita,Allah tidak pandang rupa dan harta kita.Yang Allah pandang ialah hati dan amalan kita”.(Riwayat Muslim)

“Syaitan itu licik,dia menang kalau dapat halang kita buat baik”.

Kalau ditanya pula dalam bab bercinta,bukankah ia satu fitrah?Bukan cinta sahaja fitrah,marah dan benci juga fitrah.Jika kita benci dan marah,adakah kita akan membiarkan ia menguasai hati? Atau uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu? Fitrah bila-bila masa sahaja boleh bertukar jadi fitnah.


Jagalah hatimu,bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.Banyak penyakit seperti ghaflah(lalai),ujub,riyak,takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati.Hati kita ibarat raja.Jika baik raja,baiklah rakyatnya berupa tangan,kaki,telinga dan mata..Perbanyakkanlah istighfar ,teringat sabda Rasulullah SAW yg bermaksud, “sesungguhnya tertutup hatiku,dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.”Istighfar kita terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah SAW. 

"Renung-renungkan dan selamat beramal"