Annyeong Haseyo
Ranazk and Azzahra @ Earth, u can call me Zahra and Ran :) Talkie
Post
Ceritera in Seoul Korea! #part3 ( Ewha University )
Ceritera in Seoul Korea! #Part2 First Day!
Ceritera in Seoul Korea! #Part1
Sepi. Sendiri
Allah Tahu Kita Mampu!
Cinta Allah Yang Abadi!!!
"Cinta Di Tepian Jurang"
Lembut Wanita Itu Bukan Lemah
Study ikut MoOd
3 nd Sem Sudah Datang :D
Credits
|
Cinta Allah Yang Abadi!!! Thursday | 0 Comments
Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan.
Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta.
Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia.
Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya.
Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat.
Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa.
Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasa-Mu, hulurkan pertolongan-Mu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayah-Mu untuk aku terus di jalan-Mu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepada-Mu.”
Perkongsian buat sahabat :D
"Cinta Di Tepian Jurang"
Assalamualaikum..."Cinta Di Tepian Jurang".Peringatan buat yang lalai,dan juga peringatan buat saya insan biasa...cehh.Jika disebut tentang "Cinta",pasti orang akan cakap "Cinta tu kan fitrah manusia?" tapi,marah dan benci pon fitrah juga kan? kalau marah or benci sekalipun,adakah kita akan membiarkan sahaja atau mengawalnya? tepuk dada tanya iman :) fikir-fikirkan!
Apa pandangan korang..cantik tak pulau dalam pic tu? Pasti sangat indah bukan.Tapi,hati-hati,hanya beberapa langkah sahaja dari tempat itu,jurangnya sangat bahaya,sangat curam dan dalam! Faham tak apa yang ingin disampaikan -,-" harap faham lah ye :D
Okey,kalau faham maksudnya,direnung dengan mata hati bersuluh iman seumpama seseorang yang sedang dilamun CINTA.Keindahan pulau ini sangat mengasyikkan hingga tanpa sedar,kaki sedikit demi sedikit melangkah ke juram yang dalam.
Kita mungkin terjatuh,cedera malah membahayakan nyawa sendiri.Sahabatku,tiada jalan yang lebih selamat untuk menikmati keindahannya melainkan pergi ke jeti,menaiki bot untuk sampai ke pulau itu dan menikmati keindahannya secara hakiki,bukan dari kejauhan di atas bukit berjurang.Begitulah keindahan cinta sesama manusia.
Tiada jalan yang lebih mulia,melainkan melalui PERNIKAHAN.Cinta berahi itu hakikatnya datang daripada jiwa yang kosong ,hati yang tiada dalamnya cinta kepada TUHAN Yang Menciptakan,yang menjadikannya buta menilai kebenaran.Sahabatku,kejarlah cinta ALLAH,nescaya akan kau temukan cinta insan bernama "lelaki" yang juga mencintai Tuhan-Nya.
CINTA KERANA ALLAH
Yahya bin Mu'az,seorang tokoh sufi berkata:"Cinta kerana Allah tidak akan bertambah hanya kerana orang yang engkau cintai berbuat baik kepadamu,dan tidak akan berkurang kerana dia berlaku kasar kepadamu.Keadaan itu sedemikian rupa,kerana cintamu tumbuh mekar kerana IMAN,AMAL SOLEH dan PERIBADI MULIA,sehingga bila keimanan insan yang dicintai tidak bertambah ,maka cintamu pun tidak akan bertambah.Sebaliknya,apabila iman orang yang dicintai berkurang,maka cinta turut berkurang.Kamu cinta kepadanya bukan kerana harta,pangkat,kedudukan atau wajah yang rupawan,akan tetapi kerana dia seorang yang beriman dan berakhlak mulia".
Tidak salah mencintai seseorang .Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membantah keinginan untuk mencintai dan dicintai,sebaliknya Baginda hanya mahu memastikan jiwa-jiwa yang sedang dilamun cinta menyalurkannya pada jalan pernikahan.Rasulullah memberikan saranan "Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta melainkan nikah."(Riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah)
Hanya cinta yang bersemi kerana iman dan akhlak sahaja bernilai di sisi Yang Maha Esa.Cinta ini abadi,tidak goyang dek angin kencang yang bertiup,tidak pudar dek matahari yang bersinar terang ,dan tidak pula luntur dek hujan yang mencurah-curah.
VIA:SOLUSI
Lembut Wanita Itu Bukan Lemah Wednesday | 0 Comments
Assalamualaikum...buat sahabat2...ingat,lembut wanita itu bukan kerana ia lemah :D
WANITA ITU SEDERHANA..
Ia hanya ingin dihargai oleh lelaki yang dicintainya. Ia hanya ingin dijaga kehormatannya oleh kekasih halalnya. Ia hanya butuh ketulusan dan kasih sayang yang sesungguhnya.
WANITA ITU KUAT..
Ia mampu tetap tersenyum kala teriris hatinya. Ia mampu tetap berharap walau terkadang hanya kebohongan yang didapatkan. Ia mampu tetap bertahan kala tak sanggup lagi hatinya menanggung beban.
WANITA ITU PENYEMANGAT..
Ia dapat menjadi pendukung sejatimu seumur hidup. Ia mampu membuat semangatmu kembali menyala ketika engkau mencoba menyerah. Ia akan tetap mendukungmu untuk terus berjuang dengan belaian kasih sayangnya.
WANITA ITU MUDAH MEMAAFKAN..
Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba membohonginya. Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba menduakan cintanya. Ia akan memaafkan ketika engkau mencoba memarahinya. Ia akan selalu memaafkan bahkan ketika khilafmu sudah teramat besar kepadanya.
BUKAN KARENA IA BODOH..
Melainkan kerana besar harapannya agar engkau kembali pada jalan yang benar.
BUKAN KARENA IA LEMAH..
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia. Wanita diciptakan dari tulang rusukmu wahai kaum Adam. Maka jagalah kehormatan mereka. Naikkanlah derajat mereka. Mereka diciptakan untuk hidup berdampingan denganmu wahai kaum Adam. Mereka tidak ingin berada di atasmu. Tapi ingin selalu di sampingmu. Maka hargailah wanita. Muliakanlah mereka semulia akhlakmu yang engkau contohkan. Cintailah mereka seperti mereka yang selalu setia mencintaimu. Bersikap lembutlah kepada mereka kerana mereka adalah bagian dari ragamu. Dan bimbinglah mereka agar mendapatkan tempat terhormat di sisi Allah. yaitu menggapai ridha-Nya.
via : Love's MotivationStudy ikut MoOd Saturday | 0 Comments
Assalamualaikum...nak buat perkongsian sikit "Study mengikut Mood"..walaupun sekarang nie tak ada mood nak study :( tu lah yang rajin nak menaip ni...ehem ehem,okey.Street to the point.
SOALAN PELAJAR:
||Masalah yang saya hadapi ialah suka belajar mengikut mood.Jika mood saya tidak berapa baik,saya hanya akan membuat kerja rumah dan tidak mengulang kaji pelajaran.Sebaliknya jika MOOD saya dalam keadaan baik,saya mampu mengulang kaji pelajaran sampai berjam-jam lamanya..Subjek seperti hadith,tauhid,Muthalaah memerlukan hafalan.Disini saya juga ingin meminta tips dan nasihat untuk memudahkan saya menghafal dengan cara yang betul serta cepat mengingatinya.||
JAWAPAN:
||Tidak salah belajar mengikut mood asalkan mood untuk belajar itu lebih banyak.Namun mereka yang konsisten belajar dengan mengenepikan mood adalah lebih baik.Biasanya lebih berjaya daripada mereka yang pertahankan mood.Apakah itu MOOD?Ia adalah Frame of Mind,berkaitan dengan mental condition dan mental state.Ia boleh menjadikan seseorang itu kepada perilaku yang berbeza dan berubah-ubah misalnya kelakar,baran atau perwatakan yang pelbagai dalam masa yang sekejap.Manusia moody adalah mereka yg sukar dikawal serta gagal mengawal diri sendiri.||
Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut).Janganlah engkau menjadi daripada golongan yang kelima yang dengan sebabnya engkau akan binasa" -HR al-Bazzar
Soalan pelajar tu macam kene batang hidung sendiri -,-"...Time ada mood je nak study...dan satu lagi masalah yang tak boleh dielak,buat kerja last minute...Okey thats all...nak sambung study -- *gaya macam rajin*
Labels: Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj 3 nd Sem Sudah Datang :D Wednesday | 0 Comments
Assalamualaikum,hehe :)
Wahhhhh...lamanye tak update blog nie kan.cian kau,wuwuwu.Super Duper Busy lah katakan,nak masuk sem 3 nie..Nak kata tak excited,tipu lah kan,tapi dalam hati hanya Allah yang mengetahui.Banyak benda tak prepay lagi huhu :'( La tahzan innallahha ma'ana..
Wahhhh,nie kira 1st entry update about APIUM since berhijrah ke kelantan nie :)
Meh sini saya tunjukkan tempat saya belajar iaitu,Academy of Islamic Studies,University of Malaya.
♥ Dakwah itu Cinta ♥ Sunday | 0 Comments
"dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar.Mereka itu orang yang beruntung."
(Surah Ali Imran : 104)
"Berdakwahlah dengan rasa cinta kepada-Nya"
DASAR-DASAR DAKWAH DAN SIKAP ISLAM TERHADAP LAWAN [SURAH AL-NAHL : 125-128]
“serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik,dan bantahlah dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.”
“dan jika kamu memberi balasan,maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu.Akan tetapi,jika kamu bersabar,sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.”
“bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu merasa sempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.” “sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan.”
PETUNJUK BERDAKWAH [SURAH Al-KAHFI : 27-31]
“dan bersabarlah kamu (Muhammad) bersama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami,serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya melewati batas.”
“Dan katakanlah wahai Muhammad, ‘kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin beriman,hendaklah dia beriman dan barangsiapa ingin kafir,biarlah dia kafir.’Sesungguhnya telah Kami sediakan bagi orang zalim itu neraka,yang gelojaknya mengepung mereka.”
“sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh tentulah Kami tidak sia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalannya dengan baik.Mereka itulah orang yang memperoleh syurga Adn’ yang mengalir sungai-sungai di bawahnya……….itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah.”
"Tegakkanlah Islam di HATIMU
nescaya tertegaklah Islam di bumi ini"
-Sheikh Hasan Hudhaibi-
One Day
Jagalah Hatimu~ “Rasulullah S.A.W bersabda,’setiap amalan bermula dengan niat’.Jika niat kita baik,baiklah amalan kita.Jika niat kita buruk,buruklah amalan kita.Orang yang ikhlas,berlumba memiliki “hati” dan “tindakan” yang paling Allah pandang.”Rasulullah S.A.W memberitahu kita,Allah tidak pandang rupa dan harta kita.Yang Allah pandang ialah hati dan amalan kita”.(Riwayat Muslim)“Syaitan itu licik,dia menang kalau dapat halang kita buat baik”.Kalau ditanya pula dalam bab bercinta,bukankah ia satu fitrah?Bukan cinta sahaja fitrah,marah dan benci juga fitrah.Jika kita benci dan marah,adakah kita akan membiarkan ia menguasai hati? Atau uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu? Fitrah bila-bila masa sahaja boleh bertukar jadi fitnah.Jagalah hatimu,bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.Banyak penyakit seperti ghaflah(lalai),ujub,riyak,takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati.Hati kita ibarat raja.Jika baik raja,baiklah rakyatnya berupa tangan,kaki,telinga dan mata..Perbanyakkanlah istighfar ,teringat sabda Rasulullah SAW yg bermaksud, “sesungguhnya tertutup hatiku,dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.”Istighfar kita terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah SAW.
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
Exam are Over!!! Tuesday | 0 Comments
Akhirnyaaaaaaa~Exam sudah berakhir. Alhamdulillah...Syukur dipermudahkan segalanya...♥
selesai sudah final exam sem 2 di APIUM...
Selesai habis exam pagi tadi terus ambil gambar with them
♥ My beloved FRIENDS in APIUM..
Jumpa lagi untuk sem 3..Berjuang ke puncak gemilang..
Thats all,
Have a nice day friends ! :)
Last Minute!! Thursday | 0 Comments
Hari nie tetibe nak tulis about "assignment"bile cakap pasal assignment,huhuu sedih..kenapa??sebab suka buat kerja last minute.Itulah rutin setiap sem,bila dapat assignment main tangguh2..Dialog yang selalu dimainkan time dapat assignment,"alaa..lambat lagi nak hantar"...tak fikir pon time tu,lepas nie assigment lagi bertimbun..hoho~
Bile time nak hantar dah dekat mulalah masing-masing tak tidur,study lah konon..gaya je nampak macam budak "study hard" haha...kelam-kabut dibuatnya.
Pernah terbaca satu kata-kata motivasi nie:"Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan." - Pablo Picasso
Kata-kata yang selalu keluar dari mulut nie,sebab nak pujuk hati asik memikirkan masalah,"If a problem can be solved,no need to worry about it"...Masalah tak besar mana pun,tapi selalu memperbesarkan masalah...^_^
Tapi sekarang assignment sudah pon dihantar..sangat bahagia rasanye dan sekarang mulalah saat study for final exam..."
" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit "

Hello?
Blog Owner
Full Name : ? Nick Name : ? Birth : ? Age : ? Country : ? City : ? Hobby : ? Ambition : ? Put your bio. |
Exchange Link & Banner
Lets Be Friend(s)
Zahra Rana Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? Next? |
My Tutobies
This is free for you
Tutorials
Freebies
|